Friday, December 2, 2011

its december.


It wasn't too late to welcome December.
Time flies soo fast.
Sekejap je dah bulan 12 kan?
Dan pelbagai kenangan suka duka pahit manis yang menjadi sejarah kekal dalam pemikiran.

Dan tahun ni jugak banyak juga kedengaran berita kesedihan dan kehilangan orang-orang tersayang.
Allah SWT lebih sayangkan mereka.

Mati itu pasti.
Bila?
Bagaimana?
Itu persoalan yang menjadi rahsia Maha Pencipta.

Berita tentang Rara Zikry yang meninggal dunia kerana serangan asma yang membawa kepada kecederaan otak benar-benar membuat diri ini berfikir jauh dan memuhasabah diri.

Terdapat banyak kekhilafan dan kesilapan pada diri ini.
Banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari.
Ajal tidak mengenal usia.
Mungkin hari ni?
Mungkin esok?
Mungkin 2 saat lagi?
Pernahkah kita terfikir mengenai nya?
Mungkinkah sempat untuk meminta maaf dan ampun?
Mungkinkah sempat untuk bertaubat?

*monolog pada diri sendiri*

*mengingatkan diri sendiri*

*bercakap depan cermin*  

"Ya Allah,semoga sempatlah hambaMu ini berbakti pada keluarga ayah ibu,meminta maaf pada semua yang mengenali diri ini dan juga pergi dalam keadaan yang diredhai.Amin "

Salam Jumaat buat semua dan semoga hari ini,esok dan seterusnya adalah lebih baik buat semua.Insyaallah,sama-samalah kita doakan sesama kita.Sesungguhnya,kita semua bersaudara.

dan pada teman-teman,jagalah kesihatan korang dengan sebaik mungkin.Yang ada asma,jangan lah lupa bawak inhaler pergi mana-mana pun.*ingatan pada diri sendiri jugak*.Sebab gua sendiri tahu dan paham macam mana rasa bila kena serangan asma tu bila sesak nafas macam ikan takde air.

LASTLY,

Minta maaf sekiranya saya ada sakit kan hati sesiapa.

Selamat berhujung minggu. (:


No comments:

Post a Comment