Wednesday, January 11, 2012

andai awak tahu.


andai awak tahu.
bila saya jatuh cinta.
awak tak semestinya ada segalanya.
tapi,awak adalah segalanya di hati saya.

andai awak tahu.
bila saya menangis.
bukan bermakna saya lemah.
tapi,saya sedang mengumpul kekuatan untuk terus menyintai awak.

andai awak tahu.
bila saya marah.
memang saya tak boleh kawal emosi.
tapi percayalah,itu maknanya.
saya sangat mengambil berat dan menyayangi awak.

andai awak tahu.
bila saya banyak bercakap,bukan nak buat awak rimas.
tapi nak awak mengenali saya dengan lebih dekat.

andai awak tahu.
bila saya minta awak berubah.
bukan bermakna saya tak boleh terima awak seadanya.
tapi,saya nak awak jadi lebih baik.
bukan untuk saya.
tapi untuk masa depan awak.

andai awak tahu.
bila saya cemburu dan tak percayakan awak.
bukan bermakna saya tidak sayang awak.
tapi,disebabkan saya sayang awak sangat-sangat.

andai awak tahu.
saya memang suka merajuk.
tapi jangan kata saya mengada-ngada.
saya bukan nak dipujuk dengan wang ringgit awak atau dengan bunga,teddybear,
cukup dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai.

andai awak tahu.
bila saya kata RINDU AWAK.
memang saya benar-benar maksudkan saya rindu awak.
apabila berjauhan,bayangan awak akan sentiasa bermain di mata.

andai awak tahu.
awaklah yang terbaik di hati saya.
walaupun,terdapat lebih baik di luar sana.
tapi,awak tetap raja di hati saya.

andai awak tahu.
saya kadang-kadang memang degil sangat.
tapi saya cuma nak lihat.
sejauh mana awak mampu melayan kerenah saya.
percayalah,hati saya sangat lembut bak wanita lain.
andai kena caranya.
saya boleh mendengar cakap awak dengan baik.

andai awak tahu.
bila saya cakap.
TOLONG TINGGALKAN SAYA.
saya tidak bermaksud nak awak pergi selamanya.
saya cuma perlukan ruang saya sendiri.
bila saya dah tenang,saya akan kembali pada awak.
tanda saya benar-benar sayang awak.

andai awak tahu.
bila saya kata SAYA OKAY.
hakikatnya,saya tak okay.
saya perlukan awak disisi saya.

andai awak tahu,
saya memang sukar mengawal emosi.
terlalu emosional.
tapi,sayalah paling menyayangi awak.
paling sensitif dengan perubahan diri awak.

 andai awak tahu.
setiap hari saya mengimpikan hubungan yang kekal abadi.
bersama awak sampai ke syurga.
menjadi isteri awak yang sah.
kawan baik yang sentiasa disisi.
jatuh bangun bersama.
itu janji saya.

andai awak tahu.
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
tetapi sekiranya kita saling memahami.
kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya.
Tersimpan seribu satu kekuatan.
Yang bakal menjadikan lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah.
tadi dia punya kekuatan tersendiri.
yang bisa menggoncang dunia.
dan mungkin bisa membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 


andai awak tahu.
isi sebenar hati ini.

No comments:

Post a Comment