Wednesday, May 30, 2012

benci datang lagi.

dah berapa kali aku log out, log in.
save to draft.
delete entry.
dah berapa kali aku cuba nak tulis dekat sini.
nak luah rasa hati.
tapi tak berjaya.
takut ada yang terasa hati.
kenapa dengan aku?
mereng? sewel? senget? emosi?
entah lah. kebarangkalian tu ada.
kadang-kadang rasa bodoh.
dah terang-terang benderang tak payah pakai lampu suluh.
dah nampak satu persatu jalan terbentang.
pun masih aku buta.
benci merasuk hati.
sampai tak lalu makan bila teringat.
ke aku yang terlalu paranoid?
tapi kalau kau cuba disini, kau mungkin lagi gila.
aku bukan pembenci atau pendendam.
tapi kadang aku boleh menjadi kejam.
kalau setiap tutur kata aku harus memikir impak dan anjakan paradigma akan datang.
kenapa setiap perlakuan kau tak boleh dipertikaikan?
kenapa hanya aku yang dituduh dikecam?
kau yang betul, aku yang salah.
sumpah aku rasa benci saat ini.
rimas dan segala negativiti.
tengok muka kau tersenyum sinis lagi aku benci.
kenapa?
sebab kau bertopeng manis.
adakala aku menyampah pada semua.
terasa mahu pergi jauh membawa hati.
parah.
bila aku nak normal?
kalau tiba-tiba dihinggapi rasa ini.


No comments:

Post a Comment