Wednesday, May 16, 2012

my point of view.

Greetings.

I've just want to share my point of view my opinion here. Some might disagree some might say this is normal. To me, yes it is. Normal for some of us to act that way. Pernah dengar quotes such as.

'' Dah kawen nanti saya berubah la''

'' Ala, muda lagi la nak fikir, sekarang ni nak enjoy''

'' Saya ada hak nak bercinta nak suka siapa pon, awak tak sanggup tunggu, boleh blah''

''Sebelum  kawen ni lah nak menggatal, nak pasang ramai-ramai, nanti dah kawen tak dapat dah''

Aku jemu, jelik, menyammpah etc etc dengan sikap manusia seperti ni. Tak kira lah lelaki atau perempuan. Kau ingat hati dan perasaan ni barang mainan? Some might say to the victim, konon nak bagi sokongan.


'' Why so stupid laa you? Why still wait for that kind of jerk? ''

'' Jangan lah bodoh sangat, banyak lagi kumbang, bunga kat luar sana''

Pause.

Sekejap.

Pada yang bertanya, kau pernah rasa tak macam ni? Ya? Tak? Ya, personally aku pun rasa agak bodoh tindakan menunggu orang-orang bangang atau lebih tepat buta atau sengaja membutakan hati, akal dan fikiran sebab dah ada depan mata tapi tak dihargai, bila tak ada meroyan sini sana. Tapi pernah terfikir perasaan bukan paksaan. Bila seseorang dah menyayangi dengan ikhlas, dia sanggup terima baik buruk pasangan, hensem atau cantik bukan lagi ukuran. Susah atau senang harung bersama. Sebab tu dia tunggu. Nasihat aku, kalau dia senang sangat berubah hati, kejap dengan A dengan B, gaduh sikit terus hilang dari koneksi. Dia mungkin bukan  pilihan utama.

Yang jenis nak pasang dua tiga ketika bercinta, terutama kaum Adam. Konon dia sememangnya diberi kuota untuk itu. Ya, kami wanita tak menafikan hak awak tu. Tapi, kalau sembahyang awak pun tak cukup, puasa entah kemana, macam mana awak nak membimbing kesemua kuota-kuota awak tu? Kuota untuk awak tu bukan sekadar untuk kepuasan awak sahaja, tapi cuba dikaji mengapa kuota sebegitu diizinkan untuk awak? Boleh ke awak berlaku adil? Boleh ke awak membimbing kami ke Jannah? Ini kalau dah kawen. Kalau sebelum kawen pun awak dah menggatal. Dah buat orang sana sini makan hati, macam mana? Jangan bagi alasan dah kawen akan berubah. Alasan bukan awak yang minta. Padahal awak yang gatal melayan? Takkan tangan bertepuk sebelah je kan? Pada saya, ini bullshit. Secara logik akal pemikiran, bila dah jadi habit pasti akan kekal bukan? Untuk saya permudah kan kefahaman anda, ibarat lelaki merokok, bukan semudah ABC nak berhenti kan? Ya, sama dengan situasi ini.

Cuba berhenti sejenak dan berfikir sebelum membuat sesuatu, sebelum meluahkan kata. Kalau dunia ini awak yang punya tinggal seorang diri. Tak apalah. Hidup bermasyarakat banyak perlu diingat sebelum dilaksana. Atau ada baik nya awak berpindah ke planet lain.

Yang bercinta, yang kapel-kapel ni. Atau sebenarnya bercinta tapi tak mengaku. Entah dekat mana sebenarnya status perhubungan tu. Kawan ke, musuh ke, awek ke, boyafren ke kan? Dari sini korang belajarlah untuk mendidik dan memahami. Kalau zaman sekolah dulu boleh lah cinta monyet. Geli-geli konon. Damn. Sekarang kalau umur aku ni, mak aku siap cakap zaman dulu dah ada 2 anak kan? Kalau dah 25+ kau masih nak huha-huha taknak pikir sal kawen dan hubungan yang halal cuma nak berteman. Baik kau pergi beli patung jadikan kawan. 

Dalam apa-apa pun perhubungan, pastinya kita mengharapkan perkara terbaik dan berdoa agar berakhir dengan suatu ikatan suci dan ikhlas. Pokok pangkal bermula dari niat hati. Dalam perhubungan pun kalau terlalu berahsia pun payah. Baik kau simpan sorang-sorang. Tak payah nak ada hubungan dengan sesiapa. Bukan sebab apa, bila terlalu berahsia. Timbulnya pelbagai rasa. Syak wasangka. Perasaan ingin tahu. Lastly, bergaduh bermasam muka. Konon ini semua isu budak-budak. Isu remeh. memang remeh pun, tak nafikan. Tapi lumrah manusia kan? Bila dah sayang, sedikit perubahan pun kite dapat rasakan. Kau nak menang, aku pun nak menang. Berdebat tak tentu hala. Last-last ego meraja. Tapi kalau ego menebal memang takkan kau cuba paham. Terutama perasaan wanita. Perempuan ni jiwa sensitif sangat. Kadang-kadang saya pun terasa annoying dan rimas dengan perasaan sendiri. Tapi apa kan daya, kami memang dikurniakan dengan hati sebegini. Cuma cara control perasaan je berbeza, Saya akui saya antara manusia lemah mengawal emosi. Tapi lelaki jangan lah ego sangat, Cuba lah rendah kan sikit. Tak luak awak cuba fahami kami kan?

Sesungguhnya semua yang hidup lelaki mahupun perempuan ingin berpasangan dan akhirnya bersatu dalam ikatan sah. Apa kata kalau kita harmonikan  keadaan. Jangan terlalu pentingkan diri dan bangga diri. Takot-takot nanti jadi bujang terlajak. Ini hanyalah sekadar pendapat saya,. Bagi yang bakal-bakal terasa dan sakit punggung. Saya memohon maaf. Selamat Hari Rabu ohh Selamat Hari Guru juga. (:

semoganya sampai ke sini suatu hari nanti. :D


''pssstt..lets watch movie today Mr.Boyfie''

No comments:

Post a Comment